Friday, December 31, 2010

Bagaimana Minda Bertindak III "Fungsi Lima Deria"

Ramai yang menganggap, apabila seseorang itu melakukan perbuatan melihat, maka mata adalah organ yang menjalankan fungsi tersebut. Tafsiran sebegini tidaklah dikatakan salah, kerana kita memang memerlukan mata untuk membolehkan kita melihat. Tapi kesimpulan begini telah mengelakkan diri kita dari memahami hakikat sebenar proses yang membawa kita kepada perbuatan melihat. Sama juga seperti deria yang lain-lain seperti mendengar, menghidu, merasa dan menyentuh. Organ-organ seperti telinga, hidung, lidah dan kulit bukanlah faktor sebenar yang menyebabkan kita dapat merasai deria-deria yang lain. Kerana ia lebih kepada penyebab untuk tugasnya berfungsi, bukan kerana organ-organ tersebut yang menjalankan prosesnya yang sebenar.Untuk memahami lebih lanjut, mari kita melihat lebih dekat kepada proses lima deria dari segi saintifik.

Melihat.


Apabila melihat sesuatu imej, imej tersebut akan ditukarkan oleh otak kepda sejenis arus elektrik
yang dipanggil "Signal-signal elektrikal". Signal-signal elektrikal ini mengandungi maklumat berkenaan dengan objek yang diterima oleh mata tadi. Dan fungsi otak adalah untuk mentafsir elektrikal signal tersebut dan imej yang telah ditafsir oleh sistem otak akan dipancarkan semula kepada minda yang melihatnya melalui mata dalam bentuk sebuah imej. Suatu perkara yang perlu diingat imej ini hanyalah tafsiran yang dibuat oleh sistem otak kita sendiri. Pendek kata, kita tidak melihat imej yang datang dari luar, tapi datang dari dalam sistem otak itu sendiri. Cuma minda sahaja menerimanya sebagai pandangan melalui mata .

Mendengar


Bunyi merupakan sejenis getaran tenaga yang memancarkan pelbagai irama yang terhasil dari pergerakan sekeliling. Sebagai contoh kita mendengar bunyi seekor anjing yang menyalak. Apabila getaran bunyi anjing ini diterima oleh organ telinga, getaran ini akan ditukarkan kepada signal elektrikal yang membawa maklumat atau kod yang berkaitan dengan bunyi atau getaran tersebut. Melalui signal elektrikal, sistem otak akan mentafsir signal tersebut dan maklumat tersebut akan ditafsirkan kepada bentuk bunyi tersebut. Otak kita sebenarnya mentafsir bunyi ini daripada kod signal tersebut dan menghantarnya kepada minda, dan minda akan menerimanya sebagai bunyi yang diterima oleh organ telinga.

Menghidu.


Bayangkan kita menghidu bau ayam goreng yang baru sahaja digoreng. Bau tersebut akan dihidu oleh hidung dan ditukarkan melalui getaran signal-signal elektrikal yang kemudiannya ditafsirkan oleh otak sebagai bau melalui maklumat-maklumat yang diterima. Minda kemudian akan menerima maklumat tersebut sebagai bau yang diterima oleh hidung.

Merasa


Katalah kita bertanya budak-budak yang belajar di tadika, Apakah organ untuk merasai perisa sepotong kek? Sudah pasti mereka akan menjawab ianya lidah. Namun melalui kajian saintifik, hakikatnya rasa manis, masam, pahit dan lain-lain hanyalah maklumat yang ditafsir oleh otak sebagai sebuah signal-signal elektrikal. Setelah signal-signal elektrikal membawa maklumat yang berkaitan dengan rasa kek tersebut, barulah otak akan mentafsir dan menghantar maklumat tersebut kepada minda yang akan menerimanya sebagai rasa kek tersebut melalui lidah.

Menyentuh


Begitu juga halnya apabila kita melakukan perbuatan menyentuh. Contohnya kita menyentuh rambut isteri kita yang sedang tidur. Didalam otak, elektrikal-elektrikal signal akan membawa semua maklumat berkaitan dengan sentuhan tersebut kepada sistem otak, dan sistem otak akan mentafsirkannya dalam bentuk yang boleh dibaca oleh minda iaitu - sedang menyentuh rambut isteri dengan organ tangan.


Kini anda sudahpun memahami fungsi otak dan juga fungsi minda. Jika difikirkan kembali ia hampir sama dengan konsep sebuah televisyen (seperti yang diceritakan dalam artikel sebelum ini). Semua imej-imej yang kelihatan di kaca TV tersimpan sebagai elektrikal-elektrikal signal yang kemudiannya dipancarkan semula maklumat tersebut ke dalam skrin TV dalam bentuk yang boleh ditonton oleh diri kita.


Namun Hakikatnya Yang Sebenar? Imej tersebut tidak lah wujud dibelakang kotak TV :-)...

No comments:

Post a Comment