Wednesday, January 12, 2011

Bagaimana Minda Bertindak II "Elektrikal Signal"


Bagaimana Minda Bertindak “Signal Elektrikal”

Sudahkah anda memahami bagaimana minda menafsirkan atas apa yang dilihat, didengar,dirasa,disentuh dan dihidu. Elektrikal-elektrikal signal akan berterusan masuk ke dalam otak dan otak akan menafsirkan elektrikal signal tersebut serta menghantar maklumat yang ditafsir kepada minda. Oleh itu hakikatnya kita tidaklah melihat dunia yang sebenar yang berada di alam luar minda kita. Tetapi kita secara berterusan mengalami peristiwa-peristiwa yang dirakam dan ditafsirkan dari elektrikal signal.

Elektrikal signal boleh digambarkan sama seperti signal yang dipancarkan kepada televisyen.kita menyaksikan pelbagai gambar dan peristiwa, mendengar pelbagai bunyi tetapi hakikatnya didalam kota TV tersebut hanyalah mengandungi wayar-wayar. Wayar-wayar ini menerima signal-signal dari pemancar dan menafsirkan dalam bentuk gambar dan bunyi kedalam skrin dan kotak suara.

Oleh itu hakikatnya signal-signal elektrikal ini sudah pasti secara berterusan dipancarkan kedalam otak kita oleh pemancar juga. Namun darimanakah datangnya pemancar tersebut.
Adakah mungkin yang signal-signal ini telah pun dibuat,direka dan dirakam terlebih dahulu sebelum sampai ke minda kita.

Adakah mungkin kita memahami dari manakah datangnya semua peristiwa yang dialami oleh minda kita.Atau mungkinkah soalan yang paling penting disini ialah

wujudkah gambaran yang diperlihatkan kepada minda kita dan

siapakah yang memancarnya?

Friday, December 31, 2010

Bagaimana Minda Bertindak III "Fungsi Lima Deria"

Ramai yang menganggap, apabila seseorang itu melakukan perbuatan melihat, maka mata adalah organ yang menjalankan fungsi tersebut. Tafsiran sebegini tidaklah dikatakan salah, kerana kita memang memerlukan mata untuk membolehkan kita melihat. Tapi kesimpulan begini telah mengelakkan diri kita dari memahami hakikat sebenar proses yang membawa kita kepada perbuatan melihat. Sama juga seperti deria yang lain-lain seperti mendengar, menghidu, merasa dan menyentuh. Organ-organ seperti telinga, hidung, lidah dan kulit bukanlah faktor sebenar yang menyebabkan kita dapat merasai deria-deria yang lain. Kerana ia lebih kepada penyebab untuk tugasnya berfungsi, bukan kerana organ-organ tersebut yang menjalankan prosesnya yang sebenar.Untuk memahami lebih lanjut, mari kita melihat lebih dekat kepada proses lima deria dari segi saintifik.

Melihat.


Apabila melihat sesuatu imej, imej tersebut akan ditukarkan oleh otak kepda sejenis arus elektrik
yang dipanggil "Signal-signal elektrikal". Signal-signal elektrikal ini mengandungi maklumat berkenaan dengan objek yang diterima oleh mata tadi. Dan fungsi otak adalah untuk mentafsir elektrikal signal tersebut dan imej yang telah ditafsir oleh sistem otak akan dipancarkan semula kepada minda yang melihatnya melalui mata dalam bentuk sebuah imej. Suatu perkara yang perlu diingat imej ini hanyalah tafsiran yang dibuat oleh sistem otak kita sendiri. Pendek kata, kita tidak melihat imej yang datang dari luar, tapi datang dari dalam sistem otak itu sendiri. Cuma minda sahaja menerimanya sebagai pandangan melalui mata .

Mendengar


Bunyi merupakan sejenis getaran tenaga yang memancarkan pelbagai irama yang terhasil dari pergerakan sekeliling. Sebagai contoh kita mendengar bunyi seekor anjing yang menyalak. Apabila getaran bunyi anjing ini diterima oleh organ telinga, getaran ini akan ditukarkan kepada signal elektrikal yang membawa maklumat atau kod yang berkaitan dengan bunyi atau getaran tersebut. Melalui signal elektrikal, sistem otak akan mentafsir signal tersebut dan maklumat tersebut akan ditafsirkan kepada bentuk bunyi tersebut. Otak kita sebenarnya mentafsir bunyi ini daripada kod signal tersebut dan menghantarnya kepada minda, dan minda akan menerimanya sebagai bunyi yang diterima oleh organ telinga.

Menghidu.


Bayangkan kita menghidu bau ayam goreng yang baru sahaja digoreng. Bau tersebut akan dihidu oleh hidung dan ditukarkan melalui getaran signal-signal elektrikal yang kemudiannya ditafsirkan oleh otak sebagai bau melalui maklumat-maklumat yang diterima. Minda kemudian akan menerima maklumat tersebut sebagai bau yang diterima oleh hidung.

Merasa


Katalah kita bertanya budak-budak yang belajar di tadika, Apakah organ untuk merasai perisa sepotong kek? Sudah pasti mereka akan menjawab ianya lidah. Namun melalui kajian saintifik, hakikatnya rasa manis, masam, pahit dan lain-lain hanyalah maklumat yang ditafsir oleh otak sebagai sebuah signal-signal elektrikal. Setelah signal-signal elektrikal membawa maklumat yang berkaitan dengan rasa kek tersebut, barulah otak akan mentafsir dan menghantar maklumat tersebut kepada minda yang akan menerimanya sebagai rasa kek tersebut melalui lidah.

Menyentuh


Begitu juga halnya apabila kita melakukan perbuatan menyentuh. Contohnya kita menyentuh rambut isteri kita yang sedang tidur. Didalam otak, elektrikal-elektrikal signal akan membawa semua maklumat berkaitan dengan sentuhan tersebut kepada sistem otak, dan sistem otak akan mentafsirkannya dalam bentuk yang boleh dibaca oleh minda iaitu - sedang menyentuh rambut isteri dengan organ tangan.


Kini anda sudahpun memahami fungsi otak dan juga fungsi minda. Jika difikirkan kembali ia hampir sama dengan konsep sebuah televisyen (seperti yang diceritakan dalam artikel sebelum ini). Semua imej-imej yang kelihatan di kaca TV tersimpan sebagai elektrikal-elektrikal signal yang kemudiannya dipancarkan semula maklumat tersebut ke dalam skrin TV dalam bentuk yang boleh ditonton oleh diri kita.


Namun Hakikatnya Yang Sebenar? Imej tersebut tidak lah wujud dibelakang kotak TV :-)...

Sunday, December 26, 2010

Bagaimana Minda Bertindak II "Hakikat Penciptaan"

Minda juga sama seperti sebuah televisyen. Jika didalam tv kita mampu melihat pelbagai peristiwa dan pergerakan yang dipaparkan melalui skrin serta mendengar pelbagai effek bunyi, minda juga memainkan peranan yang serupa. Malah minda lebih hebat kerana melalui minda, kita bukan setakat mampu melihat dan mendengar, malah kita mampu merasa, menyentuh dan bau. Inilah program yang dicipta oleh Illahi yang tidak mampu ditandingi oleh mana-mana manusia pun di atas muka bumi ini.Dan kesemua deria-deria ini menghiasi minda dengan tujuan-tujuan tertentu yang sudah pun ditetapkan oleh Penciptanya demi memahami hakikat sebenar sebuah penciptaan.

Apakah hakikat penciptaan ?

Melalui buku yang ditulis oleh Harun Yahya "Keabadian Masa Dan Hakikat Takdir" ada menceritakan tentang persoalan ini yang mana ia telah dikupas bukan setakat melalui buah fikiran atau idea, tapi ia telah dibuktikan melalui penemuan saintifik. Ini kerana bagaimana kelima-kelima deria ini bertindak bukanlah seperti yang kita bayangkan sejak dari kecil lagi. Hakikatnya sama seperti sebuah TV. Kanak-kanak yang menonton tv kadang-kadang akan menganggap semua imej yang dilihat dan didengarnya ada dibelakang kotak televisyen tersebut. Namun hakikat yang sebenarnya dibelakang kotak tv hanyalah mempunyai wayar-wayar tv yang telah mentafsirkan data-data yang telah diterima dan disimpan dan dipaparkan didalam skrin sebagai imej dan bunyi. Inilah hakikat imej didalam TV. Dan hakikat kehidupan kita juga mempunyai applikasi yang sama seperti.Ingat, bezanya minda tersangat hebat kerana, lebih hebat dari televisyen kerana minda telah menjadikan kesemua imej yang ada  sebati didalam diri kita dengan kelima-lima deria yang diceritakan tadi.

Saturday, December 25, 2010

Bagaimana Minda bertindak



Bayangkan minda anda seperti sebuah komputer yang berada di rumah, manakala skrin komputer bagaikan sebuah mata yang melihat yang berinteraksi dengan pengguna untuk kegunaan tertentu. Sebagai contoh, anda menggunakannya untuk menulis sebuah karangan atau artikel di dalam sebuah program yang dipanggil microsoftword atau anda menggunakannya untuk bermain permainan komputer kegemaran anda. Dan di dalam komputer juga anda melihat pelbagai karekter tulisan semasa menulis karangan atau artikel dan pelbagai pergerakan gambar semasa bermain permainan komputer. Tahukah anda, yang komputer itu sendiri tidak membaca tulisan-tulisan mahu pun gambar-gambar seperti yang terdapat dalam skrin tersebut. Semua tulisan atau gambar yang tertera di dalam skreen akan dihantar kepada sistem komputer sebagai digit-digit binari 1 dan 0 dengan gabungan tertentu digit-digit binari, sebagai mewakili kepada karekter-karekter tulisan atau gambar-gambar  yang tertentu. Setelah sistem komputer menerima data digit-digit binari, karekter atau gambar yang mewakili digit binari, tersebut barulah akan dipaparkan melalui skrin komputer.

Dan sama juga halnya seperti mana  minda kita semua berfungsi. Yang mana kesemua perkara yang dilihat oleh mata kita sebenarnya ditafsir oleh minda sebagai bentuk sebuah signal yang dipanggil ’signal elektrikal’. Namun begitu, minda kita tersangat hebat, kerana dengan minda kita bukan setakat boleh melihat dan mendengar objek yang dipaparkan, malah kita mampu mempunyai deria sentuh, bau dan deria rasa, yang mana deria-deria ini tidak terdapat didalam sebuah sistem komputer.

Tuesday, December 21, 2010

Apa itu minda ?

Di dalam kehidupan seharian kita minda memainkan peranan dalam setiap pergerakan yang kita lakukan sama ada secara sedar atau tidak. Minda bukanlah terletak di dalam otak. Kerana fungsi otak hanya untuk menerima maklumat yang disampaikan oleh minda, maka melaluinya, bagaikan sebuah enjin menggerakkan kenderaan, badan kita akan bergerak mengikut irama yang disampaikan oleh minda. Setiap pekerjaan yang dilakukan oleh kita, otak kita menggerakkan badan selari dengan arahan yang di bawa oleh minda.
Sebagai contoh, apabila kita berjalan mahu menonton tv, minda akan membawa maklumat kepada otak, maka otak akan membawa semua maklumat itu dan mentafsirnya dalam bentuk pergerakan badan. Maklumat inilah yang selalu kita panggil sebagai kehendak.
Namun dari manakah datangnya kehendak ini yang kadangkala kelihatan seperti munculnya secara rawak. Sebagai contoh apabila kita pergi ke sebuah kedai hendak membeli makanan untuk bersarapan, kita akan melihat pelbagai juadah yang dijual. Dan pada waktu itu kita akan mula memilih berdasarkan selera atau kehendak kita pada waktu itu. Pemilihan yang dibuat, seringkali dianggap sebagai pilihan yang rawak. Iaitu pemilihan yang dikatakan dibuat secara spontan berdasarkan kemahuan seseorang. Namun pernahkah kita terfikir, adakah pilihan yang dibuat berdasarkan kemahuan itu terhasil dari kehendak sendiri.Apakah yang dimaksudkan kehendak atau pilihan sendiri. Di dalam ruangan ini saya akan membincangkan secara kritikal berkenaan minda, persepsi masyarakat serta bagaimana minda berfungsi. Namun perbincangan saya lebih kepada bentuk pandangan tersendiri dengan sedikit rujukan dari buku-buku yang lain. Sekiranya anda mempunyai pandangan tertentu yang mahu dikongsi, maka dialu-dialukan untuk mengemukakannya pada ruangan ini, demi berkongsi ilmu dan meluaskan pengetahuan.