Tuesday, December 21, 2010

Apa itu minda ?

Di dalam kehidupan seharian kita minda memainkan peranan dalam setiap pergerakan yang kita lakukan sama ada secara sedar atau tidak. Minda bukanlah terletak di dalam otak. Kerana fungsi otak hanya untuk menerima maklumat yang disampaikan oleh minda, maka melaluinya, bagaikan sebuah enjin menggerakkan kenderaan, badan kita akan bergerak mengikut irama yang disampaikan oleh minda. Setiap pekerjaan yang dilakukan oleh kita, otak kita menggerakkan badan selari dengan arahan yang di bawa oleh minda.
Sebagai contoh, apabila kita berjalan mahu menonton tv, minda akan membawa maklumat kepada otak, maka otak akan membawa semua maklumat itu dan mentafsirnya dalam bentuk pergerakan badan. Maklumat inilah yang selalu kita panggil sebagai kehendak.
Namun dari manakah datangnya kehendak ini yang kadangkala kelihatan seperti munculnya secara rawak. Sebagai contoh apabila kita pergi ke sebuah kedai hendak membeli makanan untuk bersarapan, kita akan melihat pelbagai juadah yang dijual. Dan pada waktu itu kita akan mula memilih berdasarkan selera atau kehendak kita pada waktu itu. Pemilihan yang dibuat, seringkali dianggap sebagai pilihan yang rawak. Iaitu pemilihan yang dikatakan dibuat secara spontan berdasarkan kemahuan seseorang. Namun pernahkah kita terfikir, adakah pilihan yang dibuat berdasarkan kemahuan itu terhasil dari kehendak sendiri.Apakah yang dimaksudkan kehendak atau pilihan sendiri. Di dalam ruangan ini saya akan membincangkan secara kritikal berkenaan minda, persepsi masyarakat serta bagaimana minda berfungsi. Namun perbincangan saya lebih kepada bentuk pandangan tersendiri dengan sedikit rujukan dari buku-buku yang lain. Sekiranya anda mempunyai pandangan tertentu yang mahu dikongsi, maka dialu-dialukan untuk mengemukakannya pada ruangan ini, demi berkongsi ilmu dan meluaskan pengetahuan.

No comments:

Post a Comment